Tuesday, December 27, 2011

Another year...



Alhamdulillah, this year we are celebrating another year of blissful marriage. Thank you ALLAH for everything! Happy 20th Anniversary to my darling hubby ~~ let me be your best wife in the whole wide world!

Wednesday, December 7, 2011

Ketenangan

Salam.

Lately, there is a strange feeling that I felt. Which I think that it is very seldom to get this kind of feelings and I don't know how to describe. May be I can call it peacefulness. Ya, ketenangan. Hidup masih lagi sibuk. Sibuk untuk hidup dan kadangkala sibuk untuk mati. Tapi di celah2 kesibukan itu..ketenangan tiba2 datang. Such a wonderful feeling!

If you ask me how I get it...it takes years for me to learn. Selamat belajar untuk mencari ketenangan itu!

Monday, November 28, 2011

Kenapa kita selalu tak ada duit?

Salam. Selamat tahun baru hijrah utk semua semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelum nya.

Awal2 tahun dah citer pasal duit kan. Sememangnya hidup kita ni memang tak habis2 nak kumpul duit dan nak belanja duit. Semua orang kerja nak cari duit. Dapat duit boleh belanja macam2 lepas tu mengeluh tak cukup duit dan terus lagi cari duit. What a vicious cycle of life!

Baru2 ni kawan anak saya ada menumpang tidur di rumah. Mind you, she is a 16 years old Chinese girl. Family tinggal di Bentong dan emak ayah dia berniaga barang2 aksesori wanita. Saya dan hubby suka berborak dengan dia, an open minded girl. To all my Malay readers out there please note this; kebanyakan customer kedai parents dia adalah Melayu dan dia kata jangan harap lah kalau nak dapat duit dari orang Cina. Org2 Cina sangat2 kedekut untuk barang2 macam tu.

Itu baru satu story. Saya sembang pulak dengan officemate lama, a Chinese lady. Dia kata; "Kenapa orang kata kat Berjaya Times Square (BTS) KL tu murah2. Saya round 7~8 jam lah Kak Nik, cuma beli baju sehelai! Harga nya cuma RM10 tapi x boleh try langsung. Saya belek material dia betul2 sebelum saya beli."

Muahaha....so true orang2 Cina mmg susah nak keluar duit utk barang2 macam tu. Saya ingat orang Melayu akan kata BTS tu heaven for shoppers! So, my advice to all my Malay readers, sudah2 lah tu beli barang tak tentu hala tu. Tudung2 ntah ada berapa almari, pinggan mangkuk dah berlori2, aksesori lah, kasut dan handbag lah, hiasan dalaman rumah lah (especially Romantika yg taukeh nya semua Cina dan pembeli nya majoriti Melayu) Saya ni cuma mengingatkan diri saya sendiri jer...no hard feelings, ok.

The best part...since this kind of stories came up, anak saya bila dia stop kat gerai keychain Cina kat East Coast Mall; dia teringat I kata org2 Cina x beli benda2 mcm ni, so dia pun belah!

Thursday, November 24, 2011

Blaming others.

That day, ada sorang kawan yg meluahkan perasaan x puas hati nya. Tak puas hati kat husband dia (Oppps...sessi mengumpat ker ni?) Only Allah knows. I think it is more on sharing feelings and opinions (nak cover rasa bersalah..) Husband dia memang sangat2 baik, responsible and caring according to her. In fact, we are also thinking the same about him. Cuma dia tak boleh tahan satu perkara tentang hubby dia, suka sangat blame dia kalau hal2 yang berkaitan dengan anak2. Kata nya kekadang tu sampai berambu2 air mata dibuatnya.

Biasa lah tu...I think she has the most wonderful husband in the whole wide world b'cos her husband is not perfect! There are a lot of husbands out there yg sepak terajang isteri. Anyway, I'm not judging her. In my opinion blaming others are the easiest thing to do. That is the only way that you are not to be blamed and you are free from your guilt!

Hahaha...sebenarnya dulu2 pun saya ni selalu terkena gak dengan hubby kan. Bila dah selalu terkena, then I learned my lesson well. Either I admitted it was my mistake (so what?) or I said to him, next time you decide because blaming me is the easiest thing to do, right? Well blaming me or not we still have to handle and solve the problem. Yezzzerrrr lama2 dia pun terperasan yg dia cuba lari dari buat keputusan dan salahkan saya kalau sesuatu itu gagal atau bermasalah.

So next time, please be creative. Because if you do the same thing you get the same result. Try different approach every time until you get the right one. Anyway, it still depends on your husband characters who you know best! Good luck!

Sunday, November 20, 2011

It's over!

Alhamdulillah. The musibah is over...I told you; it is not permanent. No matter how hard it is, it will be over. But I was really100x hate the bad feeling. Please Allah can I get excuse next time?

Well.... life must go on whether you like it or hate it. I always remember the verse in Surah al-Mulk 2nd verse; He who has created death and life, that He may test you which of you is best in deed. And He is the All-Mighty, the Oft-Forgiving;

[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.

Wednesday, November 16, 2011

Musibah

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (*Al-Baqarah 155~156)

Saya di timpa musibah hari ini. Rasa nya tak perlu kata apa2 melain kan; Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya redha kerana itu adalah "part and parcel of life". Hey...that is the beauty of life! I hate the feel bad feeling but I know I'll get over it soon because it is not what happened to me but how I take it. For the meantime let me astaqfar a lot to ALLAH. May ALLAH has mercy and forgives me.

Thursday, November 10, 2011

Rasa cam menyesal pulak...

Esok 11.11.11...saya ada mendapat undangan utk majlis perkahwinan di Awana, Kijal. So, dah buat kat hotel tu mmg grand lah kut sbb yang kahwin tu anak sedara sorang menteri. Tak kisah lah kan bila tuan rumah tanya boleh datang atau tidak, so kita orang pun setuju lah. Bila kad undangan dah dapat dan nombor meja pun dah siap tertera kat situ. Doesn't mention about the dress pun. Tup tup 2 days ago tuan rumah kata kena pakai baju putih....Huwaaaaa mana akak ada baju putih dan hubby pulak kena pakai baju Melayu putih. Hubby akak kata...pakai jer baju kita kahwin dulu! 2x Huwaaaaa.... mana akak muat baju tu dah ~~~~~.

Rasa cam menyesal pulak sebab setuju pergi majlis tu...

Wednesday, November 9, 2011

Nasi Talam dan Ketupat Palas

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni saya beraya kat KL pulak. Most of the time kat Dungun. Raya Haji memang tak ada rules raya kat mana sebab bergantung dengan keadaan. So, this year my brother suggested makan nasi dalam talam/dulang untuk memeriahkan lagi raya. So, nak senang kan kerja we decided to cook nasi ayam. For the first time I have to cook dinner for 50pax! Mak aii berpeluh lah jugak...nasib baik all turned out good. Cuma nasi tu terlebih colouring sket. My brother add some other condiments to make it more colourful..



Lepas tu teringin pulak buat ketupat daun palas, at least ada aktiviti utk anak2 buah pada malam raya. The last time saya buat ketupat maybe 15 years ago...itu pun emak yg buat, saya tukang bungkus jer. So, akak ni pun google internet dan cari cara2 memasak pulut dan membuat ketupat. Beres kejer...inilah hasil nya~~



Hahaha...banyak ketupat betinalah! Lawan nya saya masak rendang pedas ayam kampung tapi terlupa lak nak ambik gambar...

Sekian dulu semoga anda semua terhibur~~

Thursday, November 3, 2011

My nephew in Masterchef Malaysia


Jangan lupa tonton Masterchef Malaysia di Astro Ria setiap Sabtu~Rabu 9.00 malam.

Macam nak promote jer...tak kisah lah kan. Just feel proud of my nephew for having the courage entering the prestigious reality show.


Nik Micheal Imran...handsome kan. Kengkawan akak kata Maher Zain pun kalah ni. Tengoklah emak sedara dia...ahaks.




Anak2 buah encourage akak ni masuk, tobatlah kalau nak suruh masak macam dorang tu. Setakat masak masakan Melayu boleh lah tapi kalau suruh reka resepi baru....hampeh. Kekadang tu masak pun bukak buku resepi....kih3x (pecah rahsia!) Anyway good Luck Abg Nik...all the best!

Sunday, October 16, 2011

Adele - Someone Like You

Somehow I like this song... for someone ;)

Kelas memasak dengan Kak Nik...

Salam.

Ini aktiviti saja suka2. Dek sebab kengkawan punya request so akak pun memenuhi permintaan kengkawan. Bukan pandai sangat pun, tapi sekali-sekala boleh gak share ilmu tu kan. Harta akan habis jika di belanjakan tetapi ilmu tidak akan kurang jika diajarkan...ye dak?

Ini lah masakan tempohari , quiche lorraine nama nya. Ala org melayu panggil pai berlauk jer...


Posing semasa kelas...macam2 ragam dorang ni, nasib baik kelas x ada bayaran.


Lepas memasak, apalagi....aktiviti makan lah!


My homemade pizza...


Sessi wajib ngan kengkawan, posing time before berangkat pulang.



Thanks for coming! Pastu hubby akak tanya..bila awak nak start buat kelas memasak yg boleh charge punya? Hadoiii...

Monday, October 3, 2011

Makeover & decluttering projects

Salam,

Dah lama nak buat sket projek kat rumah ni. Tetapi sama ada malas atau mood rajin tak ada (sama ler tu...)Dah lama ada dalam to do list tapi kalau ikut sangat vitamin "M" tu...apa pun tak jadi.

Projek pertama, makeover lemari yang dah berusia lebih 19 tahun tu. Nak buang mmg sayang sebab lemari tu saya beli masa mengandung anak yang sulong tu. Ntah berapa kali pindah dan berapa kali banjir but still doing fine. Except dah kena tampered by the small engineer in da house with the stickers! So, ini lah lemari tu sebelum di make over.



Inilah hasil nya selepas bergelen2 peluh akak keluar dan ntah berapa layer akak cat pun tak tahu...cantik tak? Tapi kalau korang kata tak cantik pun tak apa...ada akak kesah :) Janji dah boleh slashed to do list tu...ahaks.



Projek yang kedua pulak,decluttering and organising barang mainan anak2. Mainan dari zaman anak sulong sampai anak ke-4. Memang time consuming betul tapi suker sangat2 sebab dah jumpa container yg berkenan di hati. Sampai lupa makan lah buat kerja ni, so ini lah hasil nya...tadaaa. ( sorry x ada gambar sebelum sbb x lalu nak tengok!)


Pasni memang kena sambung lagi kerja2 makeover sebab ada lagi barang lama yang perlu di make up kan. Boleh wat profession baru ni...ada saper2 perlu akak punya services? Harga boleh di runding. Hehehe...

Thursday, September 15, 2011

Biskut Makmur


Salam...baru ada sedikit masa untuk story sket. Bulan poser aritu perkara yg buat saya tersangat sibuk adalah kerana saya "terbuat" sikit business tambahan. Mmg tak ada nawaitu sikit pun. Tapi...kalau ALLAH kata rezeki saya, rezeki saya lah kan. So ..kita layan sikit kerja2 pembuatan biskut makmur saya kat blog ni.

Pekerja2 wanita yang terdiri dari jiran2.


Pekerja lelaki yang tercinta dengan kain batik nya...ahaks :)


Antara kerahan tenaga yang terlibat...


Ready for delivery to my hubby's office


Yg ini kengkawan punya.


Total biskut makmur 10,000++ pcs. Just imagine, this is my first time jual kuih raya.
At least now I know the dos and don'ts. But most importantly, I enjoyed doing it and thank you very much to my friends and family members b'cos supporting me all the way.

Terharu dengan komen2 yang dapat selepas raya;
1) Saya tak hidang biskut makmur Kak Nik sebab saya nak makan sendiri jer, sayang takut habis.
2) For biskut arab (yg ini special request); Melt in the mouth, not in your hands.
3) Toyota customer service officer : Kuih yg lain saya bagi kat dia orang tapi biskut makmur tu saya bawak balik sbb suami saya suka.
4) You ada lebih tak? Anak I nak 2 balang kuih tu sbb dia kata dia bawak masuk bilik dia dan nak makan sorang2.
5) Ada kengkawan yang bawak balik kampung...sedara mara dorang kata, kenapa bawak 1 balang jer?
6) Ada extra lagi tak? I nak order sebab anak I yang memang tak suka makan kuih raya tu suruh I order.

Hehehe...kembang akak ni kejap (tak baik riya' tau...) Saper2 nak order lepas raya ni...you are most welcome! Harga : RM18/40 pcs. Hubby saya kata...bila awak nak bukak kilang? Muahaha...

Wednesday, September 7, 2011

Sorang2...

Selamat Hari Raya....maaf zahir dan batin untuk semua. Ada orang nak baca ker blog akak ni? Ada akak kesah???
Hari ni dah tinggal sorang2...Kak Yong dah register kat UIA Gombak semalam, Kak Nyah dah balik asrama hari Ahad sudah, Ery pun dah balik MRSM Muadzam dan Amirah dah start sekolah (after extra cuti 2 hari dan cikgu dia dah komplen sbb dia selalu ponteng)...petang ni dah pergi KAFA. Akak kebosanan dan tak ada mood. Rasa2 cam nak memasak try resepi baru...rasa2 cam nak kemas jer bilik tidur yg bersepah2 tu ...... semuanya rasa2 jer buat nya tidak. Astro pun ntah aper2 citer...So layan jer kemalasan ku ini...(Or should I say, I miss all my girls already...huhuhu)

Friday, August 19, 2011

Sibuk atau menyibuk?

Fuhhh....sibuk giler! Tapi apa yang sibuk sangat tu? Atau sebenarnya saya yang buat2 sibuk tak tentu hala. Bulan2 poser ni patut sibuk wat amal ibadat khusus tp saya sibuk wat amal lain pulak...tapi amal jugak lah kan (ayat2 power nak wat penyedap hati jer...). Apa2 pun kita tunggu apa kata ALLAH azzawajalla nanti... tapi bukan sekarang lah. Kita tunggggguuuuuu.....

Tuesday, July 19, 2011

Apa lagi...

Eh...hidup lagi akak ni! Alhamdulillah setakat ini masih boleh melihat, mendengar, berkata2, menghidu, berjalan dan membuat berbagai2 kerja dengan tangan ini. Masih boleh menghitung segala nikmat yang ALLAH s.w.t. beri.

Bila saya memandu sepanjang Jalan Beserah...saya nampak pantai yang biru airnya. Ya Allah saya bersyukur kerana saya tidak perlu pergi jauh utk melihat cantik nya alam ciptaanMu ini. Ramai orang yang terpaksa mengambil cuti untuk melihat pantai itu tetapi saya tidak perlu...saya harap saya tidak mengambil mudah terhadap pantai itu.

Setiap hari bila saya menatap anak saya Amirah...ternampak segala kebesaran Mu ya Allah. Bersyukur yang amat sangat kerana Kau izinkan aku menjadi seorang ibu kerana masih ramai lagi yang tidak berpeluang untuk menjadi ibu. Lebih2 saya bersyukur kerana Kau kurniakan anak yang cukup sempurna sifatnya dan cerdas aqalnya kerana ada orang lain yang memiliki anak yang kurang sempurna sifatnya dan kurang cerdas aqalnya.

Dan apabila suami saya pulang dari kerja...saya amat bersyukur akan limpah rahmatNya. Kerana suami saya pulang kepangkuan saya pada setiap hari dengan selamatnya.

Dan bila malam menjelang...saya amat bersyukur kerana masih boleh tidur dengan lena sebab masih ada orang yang tidak boleh melelapkan matanya di luar sana.

Apa lagi yang saya cari dalam hidup ini, melainkan rahmat dan keampunan Mu Ya Allah.

Wednesday, June 29, 2011

Good Ingredients...

Do not underestimate good ingredients. Good ingredients really make good products. Trust me...

Baru2 ni saya jumpa dengan sepupu yg tinggal di Perak. Since dia datang ziarah emak saya dia bawa bersama buah tangan. Sedap betul biskut makmur yang dia buat. Sebab kuih tu cair dalam mulut...walla.

Itu mengingatkan saya pada biskut arab yang saya buat masa saya belajar kat UK dulu. Saya bukan lah pandai tapi tak tahu mengapa biskut tu cair dalam mulut. Kalau tak percaya tanya suami saya. Sebab dia dengan tidak segan silu ambil biskut tu dari dalam container tanpa minta permission dari saya! Masa tu kita orang jemput kengkawan berbuka puasa di hall universiti.

Bila balik Malaysia, saya buat semula biskut arab tu sebab suami saya suka tapi tak menjadi sebagaimana dulu. Bila saya tanya sepupu saya rahsia nya, dia kata kena guna minyak sapi jenama QBB. Tak boleh yang lain. Kakak saya kata, kena guna tepung cap kunci.(I guess tepung kat UK tu mmg kelas lah..sangat ringan bukan macam kat sini sbb kalau saya tersilap bancuhan pun, it still turned out fine)




OK set. Mak oii...susah rupanya nak cari minyak sapi QBB kat Kuantan ni. Tepung cap kunci pun dah lama tak nampak! Kalau cap wau dengan cap sauh tu senang sket. As usual, my everdearest hubby akan cari sampai jumpa.... QBB dia jumpa kat Giant Kijal dan tepung cap kunci jumpa di Tunas Manja Kemaman. Mahal betul QBB tu rupanya..harga nya double dari Windmill Gheeblend. Patut pun orang tak jual.

Maka hasil nya...taraaaaa



Hmmm....melt in the mouth! Amirah kata, "Sedapnya biskut emak ni!". Eh, belum raya lagi ker? Ada akak kesah... hehehe :))

Moral of the story : Always give your best in order to get good results!

Thursday, June 23, 2011

Hello kengkawan...

Dah lama tak jenjalan...rasanya hari ni boleh jalan2 ziarah blog korang. Harap2 korang sihat2 semua. Akak ni menjalani hidup biasa2 saja. Sekadar mengisi hari2 membesar kan anak2 dan membesar kan badan...ahaks. Dalam pada itu mencari2 keredhaan Tuhan. Apa lagi hidup ini kalau bukan menunggu mati yang pasti. Dalam pada itu kena SABAR dengan 3 perkara;
1) Sabar dalam mengerjakan TAAT.
2) Sabar dalam menahan diri dari MAKSIAT.
3) Sabar dalam menghadapi UJIAN HIDUP.
Semoga kita semua sukses!

Tuesday, June 21, 2011

Yeay...BONUS time!

Alhamdulillah bonus hubby dah declare, tapi dah boleh agak 30% dah tentu kena tolak! Tolak campur tolak campur...tinggal seciput jer. Camtu lah kena rompak dengan government. Tak cukup profit company kena tax, gaji staff pun kena tax, pakai kereta kena bayar road tax, rumah pun kena bayar tax, tak cukup rumah tanah pun kena tax pastu kalau makan kat restoran pun kena tax jugak!

Jgn cakap lah bab harga bebarang skarang....huh wat sakit jiwa jer! Well...bottom line, I'm still counting my life's other blessings.

Thursday, May 19, 2011

Still unsolved

Something happened. Full of heartace. Still unsolved. Looking for way out. Lahaulawalla quataillah billah hialliyil azim.

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Ali Imran : Ayat 139

Tuesday, May 10, 2011

10 years later, I still love you...

Perghhhh...10 tahun masih cinta lagi! Tak kisah lah kan, ada kawan akak tu 20 tahun pun masih cinta lagi! Ahaks...

Sedap melayan J-Drama dengan hubby. Ambik kau, tidur pukul 3 pagi. Kalau buat qiamullail pun lagi baik. Camtu lah manusia ni, lalai dengan hal dunia.(Mengata diri sendiri ler ni....)

I like the last episode when the Professor told his student; "Whose words were those? Humans don't understand the value of time. Instead of hoping of a better future, we flirt with the past."

Moral of the story : Don't regret over your past. Make a better future!

Sunday, May 8, 2011

Best Advice on Mother's Day.

I came across one of the best advices ever in a magazine;

"Spend your time with your kids before they go to sleep because you won't be able to do it forever."

Well, I may miss my time with my 3 other children but definitely I do not want to miss it for who is left!

HAPPY MOTHER'S DAY!

Wednesday, May 4, 2011

Sabor jer lah...

My hubby received text messages from a girl who claimed she is a receptionist in company XYZ (bukan nama sebenar). Boleh berkenalan kata nya. I just wonder, what is she thinking? Takkan tak tahu my husband tu suami orang. Memang tak ada penyakit cari penyakit betul anak dara sekarang. Then if anything happens, they have the guts to say, dah TAKDIR!

Sabor jer lah...

Thursday, April 28, 2011

Ilmu dan amal

Soalan : Apa pandangan Ustaz tentang ada segelintir ustazah yang cukur bulu kening sedangkan dia tahu ia nya haram.
Ustaz : Jawabnya ustazah tu comey lah. Dia tahu dah benda tu haram bukannya dia tak tahu. Ilmunya ada tapi dia tak amal kan.

Adoi! macam2 dah akhir zaman ni. Nak kata tak ada ilmu, dah ada. Macam mana dengan kita? Adakah ilmu tinggal sekadar ilmu sahaja.

"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Imam Al-Ghazali)

Wallahualam.

Tuesday, April 26, 2011

Alahai anak emak...

Sekarang ni selalu gaduh dengan Amirah sebab dia banyak soal jawab. Letih kekadang tu nak menjawab soalan2 dia.

Dua malam sudah, saya suruh dia tidur sebab dia perlu ke sekolah. Maka dia pun jawab, "Amirah tak nak tidur lagi sbb ayah pun tak tidur lagi. Esok kan ayah kena kerja?". "Ayah tak per sebab senang bangun pagi!" jawab saya. "Macam mana ayah boleh bangun? Tapi kan dia tidur lambat," tanya nya lagi. "Itu nama nya tanggungjawab, sebab ayah tahu ayah kena pergi kerja tak boleh lambat," jawab saya. "Mirah boleh bangun cepat ker esok?" tanya saya. Dia diam.

Pastu dia terus cakap, "Kalau Mirah dah besar, Mirah kahwin pastu Mirah pergi kerja balik kerja, berapa haribulan Mirah tak payah pergi kerja?" Hahaha...nak tergelak bila dia cakap macam tu. "Macam emak ker?" tanya saya. "Ha'ah...macam emak," jawab nya. "Ikut suka Mirah lah bila Mirah tak nak kerja," jawab saya.

Alahai anak emak...gelihati di buat nya!

Thursday, April 21, 2011

The Woodsman and the Leprechaun

Long ago, a woodsman saved the life of a leprechaun and was given one wish. The woodsman thought for a long time and finally wished that each of his three daughters find a good husband.

But the leprechaun was full of games. "How am I to know what's good in your mind? I'll give them husbands, but you can name only one quality and it's got to be the same for all. What'll you have? I can make them clever, strong, beautiful, rich - you name it."

The woodsman said, "Then give me men of good character."

The leprechaun wasn't done playing. "And how am I to know what good character is?"

"Do you have children?" asked the woodsman.

"I do," said the leprechaun.

"And do you love them?"

"More than life itself."

"Then give my girls the kind of men you want for your children."

"Ah," the leprechaun said, "then you shall have honorable men with kind and loving hearts. And I'll throw in a strong conscience too."

The woodsman was a shrewd man and a good father. He knew the well-being and happiness of his children depends on the quality of their relationships. The quality of their relationships depends on the quality of the people they are with.

But what if the woodsman was asked what one quality he wants in his own daughters? As a wise father he would again ask for good character. Whether it's in one's spouse or oneself, cleverness, good looks, and money are nice, but in the end the most essential quality of a good life is good character.

Just reminding you that character counts.

Tuesday, April 19, 2011

Cer citer...cer citer..

Hari ni akak bawak Amirah pergi klinik. Dah 2 hari dia demam. Aper lagi...kalau bukan sebab tonsil dia tu. Rasa2 nya kena undergo operation dah tu. Ingat cuti sekolah baru boleh wat appointment.

Sebelum ke klinik, akak isi perut dulu kat restoran sebelah klinik. Maka terserempak lah seorang kawan lama. A supplier turned to a friend. Dulu dia kerja makan gaji, sama jer macam akak ni. Tapi sekarang dia dah buat business sendiri. I'm proud of him sebab dia dah boleh di panggil jutawan dalam masa 3 tahun ni. Appearance wise, dia nampak macam dulu2 juga.

Maka sembang2 lah dengan dia, tapi dia lah yang banyak bercerita. Akak ni jadi tukang dengar jer lah. Yer lah...citer rags to riches. Akak ni jer lah yang rags and still rags...hehehe :) Tu sebab tak leh citer, ahaks! I'm impressed sebab dia dah boleh buat duit dan boleh keluar zakat banyak2. Boleh tolong orang dan boleh hantar staff buat Umrah. Staff pun dah ramai. Hari minggu buat business lain pulak. Mak aii...rajin betul! Menantu saper lah tu....

Sebenar nya akak suka sebab orang kita boleh berjaya macam tu, cuma akak rasa macam nak tegur sikit kat dia. Bab2 bayar zakat dan sedekah tu tak yah lah citer kat orang...sebab takut jatuh riya'. Nanti takut sia2 jer amalan kita, ye dak. Walau pun akak tahu dia tak berniat nak menunjuk sebab memang dari dulu dia suka share hal jatuh bangun dia dengan akak ni. Sebelum balik pun dia dah bayarkan breakfast akak. Mudah2an ALLAH murahkan rezeki nya dan tambahkan iman nya.

Jadi akak pun nak ingat kan diri sendiri;

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

Harap2 akak pun boleh buat macam dia.

Monday, April 18, 2011

Oh Ibu mertua ku....

Insaf sungguh bila saya lihat keadaan ibu mertua saya. Ingatan nya dah semakin hilang. Gawat sungguh rasanya bila dia hilang dari jagaan saya tempohari. Lembik lutut saya bila kelibatnya tiada di kawasan rumah. Rasa seperti saya kehilangan anak. Tidak saya sangka dia akan menumpang kereta orang yang tidak di kenali. Selama hari ini dia suka duduk di bangku batu di laman rumah. Maka memang konfem lah sekarang dia betul2 telah mula nyanyuk.

Alhamdulillah, kami jumpa semula di Balok lebih kurang 5 kilometer dari rumah. Dia hilang selama 3 jam. Keesokkan nya dia buat drama pulak di keliling rumah. Nak tergelak pun ada di buat nya. Terpaksa saya kunci pagar dan semua pintu. Memujuk nya seperti memujuk anak kecil.

Sehari sebelum tu dia kata beg nya kena curi. Kata nya dia simpan dalam bakul baju nya. Tapi saya jumpa semula di dalam almari anak saya. Saya pulangkan beg nya tapi wang dan barang kemas nya dah tidak ada di dalam beg tersebut. Kacau betul! Tetapi hari ni saya dah jumpa wang dan barang kemas nya...di sorok di bawah lipatan baju anak2 saya. Sabar jer lah....tetapi kali ini saya tidak boleh pulangkan pada nya. (Jgn pikir saya nak rembat pulak...ahaks!)

Semoga ALLAH memberi kami kekuatan dan kesabaran dalam memelihara nya. Amin.

“Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24)

Tuesday, April 5, 2011

Jom pergi bulan (^_^)

Tetiba ada message kat e-mail from hubby;

Subject : Your Annual Leave Application from 10/04/2011 till 11/04/2011 has been approved.

Hubby : Leave dah approved, nak gi mana next week?
My reply : Hmmm....ke bulan, boleh??
Hubby : Nak gi bulan mana tu, muharam, safar, rejab?
My reply : I love u lah!

Terima kasih sebab ambil cuti utk bawak saya pergi jalan2. Hari ini saya masih lagi tak decide nak pergi mana. Nak pergi mana erk???

Monday, April 4, 2011

Tinggal jadi kenangan...

Bila lepas solat saya akan baca doa. Takkan lupa berdoa untuk kedua ibubapa saya, termasuk ibubapa mertua dan datuk nenek saya. Tetapi selepas opah saya meninggal, secara spesifik saya akan sebut nama opah saya di dalam doa saya. Begitu juga bila baca Yassin mesti sebut nama2 secara spesifik utk saya sedekahkan pahala bacaan. Kemudian saya terfikir, kenapa opah saya disebut nama secara spesifik tapi tidak datuk saya. Sebabnya kerana saya tidak berkesempatan bertemu dengan nya langsung. Dia meninggal sebelum saya dilahirkan kedunia ini.

Saya mulai sedar, begitu lah hidup kita di dunia ini. Opah saya akan di ingati dan di sebut namanya selama mana anak cucu nya masih hidup. Tetapi bila kami semua mati, dia juga akan tinggal kenangan sahaja. Hanya menjadi datuk dan nenek sahaja di dalam doa2 cucu cicitnya. Hanya menjadi seseorang yang tidak di kenali lagi.

Begitu juga saya. Jika saya mati, saya akan tinggal menjadi kenang-kenangan sahaja. Mengharap doa anak2 dan cucu cicit. Dan lama-kelamaan nama saya juga tidak akan di sebut2 di dalam doa2 mereka.

Doa saya semoga Allah berikan saya kekuatan untuk melakukan sebanyak2 amal semasa hidup saya dan menerima segala amalan saya. Sesungguhnya benar lah kata Imam Hassan al-Banna, tugas dan tanggungjawab kita sebenarnya lebih banyak dari masa kita. Wallahualam.

Monday, March 28, 2011

Sakat K*P*K

Hari ni bukan nak citer hal lucah...jauh sekali, malah lebih jauh dari cerita lucah kt Dewan Parlimen tu. Citer kali ni tentang satu ilmu yang rupa nya ramai orang2 muda tidak tahu. Meh sini akak nak menurun ilmu sket...

Mungkin ada di kalangan ibu2 muda yang anak nya especially yang baru2 lahir tu, tiba2 baby tak mahu hisap susu badan. Walhal selama hari ni dia molek2 ada hisap seperti biasa. Baby boleh menangis sampai keras kediri atau seperti orang kena dera bila kita rapatkan badan nya utk menyusu. Dia akan paling kan mukanya jauh dari susu ibu nya. Kalau terjadi perkara yang demikian, itu nama nya SAKAT KOPEK. Buat lah macam mana pun, mmg dia tak nak menyusu. Bagi lah susu kiri atau kanan, mmg dia tak nak nya. Tak tahu lah camner kopek tu boleh sakat dia.

Cara nya...memang kena cari bidan kampung ler! Mintak ubat. Selalu nya bidan akan mandikan si ibu. Trust me...anak tu akan hisap macam biasa selepas kita selesai mandi! Pelik kan tapi benar sbb memang akak ni pernah kena macam tu. 2 kali lak tu..

Yang tak kena SAKAT KOPEK....ayah si baby ler, saper lagi...kwang kwang kwang. (Abang jangan marah aaah, nanti kena jual!)

Wednesday, March 23, 2011

Yang ni lagi sorang!

Sabor jer lah ngan bebudak ni...nak marahkan bebudak, rasa nya emak bapak budak pun nak kena marah juga ni.Yang ni lagi sorang , tapi nak wat macam mana kan...memasing ada pikiran memasing. Hari ni result SPM dah kluar. So, mmg ler akak ni selalu sibuk nak menanya anak2 buah yg dah ambik SPM tahun sudah. Jadi hari ni sibuk ler telepon anak buah yang kat Dungun tu.

Saya : Camner ngan result?
Anak buah : Tak bagus ler moksu, dpt 1A jer.
Saya : Apa yang A?
Anak buah : English.
Saya : Kelas gitu...BM camner
Anak buah : Dapat B.
Saya : Result yang lain?

So, dia pun bagi lah details. Conclusion nya 5 sahaja yang credit tapi core subjects tak dapat credit. Good things; all passed. Alhamdulilah. Agak kecewa kerana trial nya dia dapat 3A (He could have done better I bet). Cuma time SPM hari tu dia telah di masukkan ke hospital terkena demam denggi. Ambik exam dalam ward. Nasib dia, nak wat camner kan.

Saya : So, sekarang awak nak buat apa?
Anak buah : Kalau ambil TESL boleh tak moksu?
Saya : Ntah, kena tengok balik lah requirements dia. Selalu nya nak 5 credits. Cuba awak check website UPSI.
Anak buah : Kalau SPA boleh lepas tak?
Saya : Awak nak ambik course apa kat SPA tu?
Anak buah : MA (Medical Assistant)
Saya : Lepas kut. Awak check lah dulu. Tapi kan, awak nak ambik TESL ker, atau SPA ni?
Anak buah : Ntah....ikut emak. Ikut emak kata apa.
Saya : Astaqfirullah halazim, kenapa nak ikut emak awak pulak! Awak nak jadi apa sebenar nya?
Anak buah : Saya cadang nak ambik Mechanical Engineering.
Saya : Dengar sini, ini hidup awak bukan hidup emak dengan abah awak. Awak decide!
Anak buah : Kalau ambik SPM lagi sekali boleh tak?
Saya : Memang lah boleh, tp buang masa jer lah.
Anak buah : Bila moksu nak balik Dungun? (Soalan cepucemas betul budak ni! Nak mintak tolong ler tu....)
Saya : Moksu tak ada kesempatan lagi ni. Minggu ni ada mesyuarat PIBG Syirah. Macam ni lah, awak check dulu kat Politeknik atau UiTM. Ambil sijil atau pre-diploma dulu pun tak apa. Ambil course yang awak nak.
Anak buah : OK, thanks. Nanti saya check.

Dear parents....I'm speechless.

Tuesday, March 22, 2011

Bad News

No news is good news. Tapi kali ni the bad one. My hubby came back with the news; "Most probably my company will be closed down for good", kata nya. Well....everything happens for a reason.

Hubby : Kalau Abang kena transfer tempat lain, awak nak ikut?
Saya : Saya ikut lah, kecuali kalau Abang x bagi kan..
Hubby : Hahaha...dah agak dah! Anak sekolah camner?
Saya : At least, tunggu sampai Kak Nyah habis SPM.
Hubby : Habis tu, awak nak tinggal kan rumah ni? Tak sayang ke?
Saya : Hmm...hati saya sikit pun tak sangkut bang. Kalau saya mati, saya tinggal kan jugak rumah ni! Who cares.

End of discussion. My thoughts are;
1) Kalau tak ikut, cuma saya saja tinggal dengan Amirah...bosan gilos!
2) My business; I'll start again at the new place. No big deal since I can do a lot of things in this life. I'm not dead yet!
3) Rumah ni...refer above.
4) I'll be happy in any part of this world...even happier with the presence of my hubby.

Fullstop.

Monday, March 21, 2011

Is Happiness Around The Corner?


Sharing is caring ;)

For lots of people, happiness is just around the corner. They just need to get their degree, a particular job, a promotion, or a raise. Maybe they're waiting to get married or have a child. Perhaps they will be happy when they retire.

Alfred D' Souza said, "For a long time it seemed to me that life was about to begin. But there was always some obstacle in the way, something to be gotten through first, some unfinished business, time still to be served, or a debt to be paid. Then life would begin. At last it dawned on me that these obstacles were my life." John Lennon put it another way, "Life is what happens while you are making other plans."

The point is our lives are happening now. If we are to get the satisfaction and fulfillment we want, we have to learn to draw pleasure and joy from everything that happens to us and around us because these experiences are the very essence of our life. The more conscious we are that life consists of the journey, not the destination, the more likely we are to get the most out of it.

So, if there are things you want to do, begin to fit them in now or accept the fact that you can be happy whether or not you do them.

Happiness isn't just around the corner. It's now or it's never.

The good news is you have everything you need to be happy. Philosophers, poets, and scientists all agree it can't be attained through money, prestige, or power. Happiness is not a fact, it's a mindset. All you need is optimism and gratitude.

~Michael Josephson

Tuesday, March 15, 2011

Bukan paksaan.


Masih ingat tentang anak saudara saya yang belajar di SM Teknik, Kuantan? Masa dia mula datang dulu dia di masukkan kedalam aliran Kejuruteraan Awam. Sebenar nya saya agak pelik kerana sepanjang pengamatan saya dia seorang yang suka kan kereta. Tanya sahaja tentang kereta...jenis, model, power, design, enjin...pendek kata apa sahaja. Memang dia sangat arif. Sampai kan tayar kereta saya yang baru mula nak botak pun dia dah nampak! Tapi kenapa kejuruteraan Awam, bukan Mekanikal?

Jadi, timbul lah perbualan berikut ;

Saya : Kenapa Ammar ambil Awam bukan Mekanikal? I thought you like all these engines things?
Ammar : Ibu kata Awam senang berbanding dengan Mekanikal. (sbb ibu dan ayah dia ambil Civil Engineering)
Saya : Ammar suka Awam ker Mekanikal?
Ammar : Ntah...Ammar tak kisah! Ibu kata kalau Awam senang nak pass. Senang sket Amar masuk matriks nanti. Tapi nanti masa matriks Ammar boleh tukar course kan?
Saya : Nak tukar course apa pulak?
Ammar : Mekanikal.
Saya : Budak ini...bertuah betul! Kalau macam tu ambil jer lah mekanikal. Kalau subject senang tp awak tak suka, nanti jd susah. Tapi kalau subject susah tapi awak suka nanti akan jadi senang. Ammar...this life is yours, you decide!

Pendek citer...dia tukar course."Baru lah menarik sket, kalau tidak asyik tengok kayu dengan batu-bata jer", kata nya. Pendek kan lagi citer, first ujian baru2 ni dia dapat 5A some B's, C's and 1 D (which I believed he can improve it), dia dapat nombor 1/29 (Hmm...I'm impressed). He was just enrolled himself for F1 school competition. On top of it, "Ammar ingat nak ambik Engineering kat Jepun lah" (before the Tsunami and earthquake...maybe he changed his mind now, but it doesn't matter). The most important thing , that's the spirit my boy! Don't settle for less.

I believe in one thing in raising kids, let them live their dreams...not ours!

P/S : Ayah dia dah pening2 lalat sbb dah janji beli kan SLR type camera kalau dia dapat nombor 1!

Thursday, March 10, 2011

Salah orang daaa....

Pagi ni hantar Amirah pergi kesekolah seperti biasa. Hantar sampai pintu pagar. On the way ke kereta tiba2 ada orang tegur, " Tak mengajar ker hari ni?". Saya tersenyum dan membalas sapaan tersebut, "Saya bukan Cikgu, mungkin awak tersalah orang kut"."Maaf lah yer, sebab muka nak sama dengan sorang Cikgu tu," jawab nya. "Tak mengapa," kata saya.

Saya dah lali dah dengan anggapan begitu. Dah terlalu ramai yang menyangka saya seorang guru. Hmmm....garang agak nya muka saya ni kan? Atau ada tertulis "CIKGU" kat muka saya yang saya tak nampak kut....

Yang pasti nya saya memang seorang "CIKGU" untuk anak2 saya. Cikgu yang tergarang di dalam dunia ini! MUAHAHA...*evil laugh**

Teringat saya pada perbualan dengan Amirah 2 hari lepas;

Saya: Nanti Amirah mengaji dengan emak lah tiap2 malam.
Amirah: Ustazah ajar dah hari2.
Saya : Ya lah, malam2 mengaji lagi nanti cepat habis.
Amirah : Tak per, tak per...emak jangan susah2 hati, ustazah dah ajar dah...

Bertuah betul...I'm speechless.

Tuesday, March 1, 2011

Masuk Asrama


Di suatu hari yang hening. Ketika burung2 berkicau dan semuanya membuat kerja masing2 (baca cam skrip Hantu Kak Limah Balik Rumah...)

Saya: Amirah..sayang emak jangan masuk asrama ya? Nanti tak ada orang nak teman emak kat rumah.

Amirah : Alaaaa...kalau camtu macam mana Mirah nak jadi pandai?

Aduhai, maner lah dia dapat idea kalau masuk asrama boleh jadi pandai! Mungkin sebab semua kakak2 dia dah masuk asrama....kwang3x. (Padan muka akak!)

Friday, February 25, 2011

Berterima kasih lah!


Nak share sesuatu disini. Saya rasa saya seseorang yang selalu berterima kasih bila orang lain membantu saya. Tapi saya baru tahu bahawa saya bukan lah seorang yang cukup berterima kasih sehingga lah saya sedar bahawa berterima kasih yang sebenarnya mempunyai kuasa yang lebih besar.

Berapa kali bila kita berterima kasih, kita benar2 bermaksud "terima kasih". Most of the time, kita buat sambil lewa sahaja. Sebab kita rasa dengan ucapan terima kasih itu sudah cukup baik. Lain kali bila kita berterima kasih, sila buat perkara seperti berikut;

1)Ucap kan dengan senyuman dan pandang mata kepada orang yang memberi.
2)Jika perlu, kita boleh menghantar kad/note/email atau apa sahaja yang menunjukkan penghargaan kita.
3)Jangan pandang remeh pertolongan orang tersebut walau pun itu memang tugas mereka. Cth: pelayan restoran atau pemungut sampah.

Jika kita bersungguh2 dengan ucapan terima kasih kita, InsyaALLAH kita akan lebih mudah mendapat bantuan walaupun kita tidak meminta nya.

Consider this story;
Andrew was going for a sales job. He knew he had the least experience and least qualifications to get the job. In face he wasn’t even sure how he’d got the interview. What he did know was he was very thankful to be given the opportunity.
The interview went well, though it was impressed on him again that everyone else was more experienced for the role. As he left the building, he slipped the receptionist an envelope. Inside was a thank you note for the man who had just interviewed him, thanking him for his time and for the opportunity.
That evening, he got the call to say he’d got the job. His new employee was very clear. It wasn’t his qualifications that got him the job. It was the card. If he was able to thank him at this stage, he knew Andrew would be able to build positive relationships with his client which is exactly what he was looking for. Being grateful won him the job.

Tuesday, February 22, 2011

Just remember to breathe..

Someone was complaining about his ex-wife. All I can say is....breathe.

Thursday, February 17, 2011

We make a difference...

Ada seseorang telefon saya dan meminta nasihat. Terus-terang sekali...kan senang begitu. Selalu nya saya jarang beri nasihat jika orang tidak meminta nya. Buat habis gas jer bak kata org Terengganu...ahaks. Tapi saya rasa itu salah...sepatutnya nasihat ni perlu di selit2kan semasa kita berbicara walaupun orang tidak meminta nya.

Tapi yang paling menarik nya, dia kata dia teringat pesan suami saya semasa dia bersekolah dulu. Suami saya kata...selalu2 lah duduk kat library. Nak tidur ke, nak rehat ker, nak buat apa ker ...duduk jer kat library tu. Dia kata dia masih ingat dia "make fun" kepada kata2 suami saya pada masa tu. Masa tu dia terserempak dengan kami di shopping complex. Hahaha....mmg confirm kita orang x ingat dah!

Tapi katanya...mmg dia buat apa yang suami saya pesan semasa dia belajar di UK dulu. Alhamdulillah sampai sekarang dia jadi orang yang suka dengan buku2 dan selalu bawa anak2 nya ke kedai2 buku.

Then it is so true again;
We all make an impact on the lives around us –which means we all have the ability to change the world.
~Nate St. Pierre, Founder of Love Drop

Apa nasihat yang dia minta...x payah lah saya citer pjg kt sini.

Wednesday, February 16, 2011

Happy????

Saya baru sahaja dapat package Potmeirion Botanic Garden yang saya order dari UK. Cantik? Memanglah cantik....secantik harga nya.



Tapi bila dah dapat, saya tidak teruja mana pun. Saya mula merasa kan, apakah saya perlu belikan set Potmeirion tu in the first place? Sebenarnya mmg x perlu pun! Sebab tak ada added value pun pada kebahagiaan saya sekarang. Jadi kensel jer lah niat saya nak beli 1 dinner set Potmeirion baru.


Saya pun dah mula pening kepala nak letak kat maner set yg ada tu yer? Atau saya patut let go barang2 yang lain utk beri ruang pada nya? Or maybe all these material things already lost it touches to my life.......

Then, it is so true that ;
It may take time to discover that not having things makes your life better, not worse ~ Peter Walsh.

Monday, February 14, 2011

Why I was so busy...


Sebab apa saya busy sangat tahun ni...

1) Saya urus kan persekolahan Amirah utk darjah satu dan Ery utk tingkatan satu pada awal tahun. Ery duduk asrama jadi banyak keperluannya. Jaga Amirah tu...macam jaga 10 orang, macam2 ragam nya! Generasi Z lah kata kan...tahu apa yang dia mahu!

2) Kak Nyah dah Tingkatan 5. Result Tingkatan 4...hmmm sakit jiwa betul! Pergi pulak kesekolah dia berjumpa dengan guru2 berkenaan. So, kena pikir nak buat macam mana nak improve result dia! No play play gurl....

3) Rumah saya di masuki air pada 6 Jan. Jadi bukan satu kerja mudah utk membersihkan nya sbb cuma ada suami saya, saya dan Amirah sahaja kat rumah ni. Sampai hari ni pun masih belum habis settle lagi. Especially soal kain baju dan perabut2. Anyway, we are still working on the way out macam mana nak buat kalau hujan extraordinary lebat in the future.

4) Anak lelaki adik saya dapat sekolah Teknik, Kuantan. Jadi saya melayan tetamu utk beberapa hari dan melayan kerenah anak buah yang mengaruk tak nak tinggal di asrama. Standard lah tu bebudak ni...minggu2 "bercerai susu" kata kakak saya! Sekarang ni dia nampak OK duduk kat asrama tu. Walaupun call ibu dia 3x sehari dan saya kena ambil dia every week!

5) Opah saya meninggal dunia on 14th Jan , refer to my previous entry.

6) Suami saya ada kerja di Miri on 24th ~ 27th Jan. Mula2 tu malas nak ikut sbb Amirah bersekolah. Pastu...pikir punya pikir, nanti bila pulak boleh pergi ya? So, pejam kan jer lah mata...tak bodoh nya Amirah kalau ponteng sekolah 4 hari! Pinjam kata2 adik ipar saya...kwang3x.

7)Ery bertukar sekolah dari Jerantut ke Rompin...again look into this entry.

8) There was a family day for VCMSB at Bukit Gambang Resort City last Friday. We enjoyed it very much tapi bila balik...kain baju lagi nak kena settle! Huhuhu... Before balik, kita orang jenguk Ery kat Muadzam Shah.

9) Anak buah pulak nak datang this week sbb dia ada kejer kt Kuantan. Terima tetamu lagi.

I'm still sick with cough n flu, lagi apa mau citer...it is just a middle of February 2011 and I'm all exhausted!

Last but not least...I'm still thankful to ALLAH for all these b'cos I'm alive, full of life and never lack of it! :D

Thursday, February 10, 2011

Alhamdulillah for the sickness

Well...after few days struggling with sore throat, hari ni kalah jugak...no voice. Batuk + selsema + tak sedap badan. Anyway, I'm still counting my life blessings. Masih boleh bangun dan buat kerja seperti biasa walau pun at a very slow rate. Masih boleh hantar ambil anak dari skolah dan masih boleh berFB dan blogging...ahaks. Alhamdullilah b'cos ALLAH gives me more health than sickness.

Kepala ni masih lalok sbb makan ubat batuk lepas hantar Amirah tadi. Alhamdulillah sbb ....banyak sebab lah pendek citer. So, let us share this short story;



Semoga kita menjadi orang yang lebih mensyukuri hidup ini.

Tuesday, February 8, 2011

Dari Jerantut Ke Rompin...


Dah hampir 3.30 pagi...bukan tak boleh tidur, tp terjaga dari tidur! Kena kacau...hahaha :D. Lagi pun tidur awal jugak tadi sbb telan ubat selsema...so sekarang dah rasa segar.

Siang tadi pergi hantar Ery ke MRSM Muadzam Shah, Rompin. Terasa rindu lah pulak kt dia. Dia OK jer. Mungkin sbb dah sebulan bersekolah kt SMKA T.A.H.A.P di Jerantut. Sebenarnya mmg saya tidak menyangka dia akan dapat MRSM tu. Sbb dah berapa kali apply utk kakak2 dia...mmg selalu nya x berjaya. Lagi pun dia tak attend pun interview MRSM. Maner logik nya nak dapat! So saya agak kelam kabut sikit persediaan nya. Mmg nak jadi rezeki dia kut. Saya cuma sedar bila saya "accidentally checked" keputusan MRSM online pada 1hb Feb. Tarikh daftar 7hb! Cuma ada satu hari sahaja yang sempat utk Medical Check up. Pastu cuti CNY and we were headed back to KL sbb dah janji ngan Afifah utk jenguk dia. Ini pun masih belum settle soal berhenti sekolah kat TAHAP tu. Well...a lot of things to be done!

Anyway, lesson learned : Bukannya "accidentally checked" sebenar nya sebab kalau ALLAH nak takdir begitu, begitu lah jadi nya...kita pusing ikut maner pun. Kita ni kan HAMBA!

Friday, January 28, 2011

Apa citer ?

Salam,

Alamak.... slow betul tenet arini, rasa cam nak tereban jer modem computer nih! Citer mmg banyak akak ni tapi tak tahu mana satu nak citer dulu. Jadi nak senang citer, tak yah citer! Banyak lagi citer lain dalam dunia ni dari citer akak nih...ahaks. Kalau tak caya pegi jer baca surat khabar tuh...muahaha :)

Oklah...nanti senang2 kita citer. Tata titi tutu...muaaaaah.♥♥♥♥♥♥

Monday, January 24, 2011

Not Again!

I missed someone lately. Perasan jugak kelibatnya tak ada sejak buka sekolah. Selalunya terserempak dengan nya masa ambil hantar anak kat sekolah. Gave her a ring, tapi tak berangkat. No return call from her.

After few days,tergerak hati untuk call dia lagi. Luckily, dia angkat kali ini. Malas nak citer panjang kat sini. Dia dah berpindah dan yang paling menyedihkan dia dah bercerai! Innalillah hiwainnaillah hirojiun.

Come on...not another divorce story, not again!

Thursday, January 20, 2011

Dalam Kenangan


Arwah Opah on the last raya...

Salam.

So many things happened lately. I'm overwhelmed by life. The saddest part...my beloved opah passed away peacefully on the 14th January 2011 at 3:45am. I'm still not in the good mood at the moment. She is deeply missed by us :((. Al-Fatihah.

Monday, January 10, 2011

Doa saya untuk 2011

Apa doa saya untuk 2011 ya? Opps...tak sempat nak berdoa sebab rumah dah dimasuki air. BANJIR....Hahaha LOL!!!!!

Tak habis berkemas lagi ni...nanti dah free saya update blog ni K! (Macam ader yang nak baca sangat blog saya nih...kwang3x)
Related Posts with Thumbnails