It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Tahun ni kita orang makan angin kat Bali. Pergi ramai2 dengan adik-beradik...lagi best dari pergi satu family jer.
@ Bali Safari n Marine Park
@ Gunung Batur
@ Tanah Lot
Tinggal di hotel di kawasan Kuta dan berjalan2 ke Jimbaran Bay, Gianyar,Ubud dan Kintamani. Mmg 4H3M tu tak cukup. No wonder abang saya pergi ke Bali 7 kali tapi dia kata masih tak habis jalan lagi. Apalagi setakat 4 hari macam kita orang ni. Keluar awal pagi, balik malam. Shopping sampai orang tutup kedai....hehehe :) Kalau citer dan tunjuk gambar2 mmg x cukup satu entry ni, tp hari ni x ada mood nak tulis panjang2. Cuma saya nak citer pasal "personal enlightenment" bila saya pulang dari Bali. Saya selalu travel ke negara2 maju tetapi ini kali pertama saya pergi ke negara yang miskin penduduk nya. Senang citer, saya lebih bersyukur pada setiap pagi saya bangun berbanding pagi2 yang sebelum nya. ALLAH boleh pilih saya jadi rakyat Indonesia, India, Palestine, Syria, Bosnia,China atau Afghanistan. Tetapi ALLAH telah takdir kan saya jadi seorang rakyat Malaysia, Melayu dan ISLAM. Apakah nikmat yang lebih besar dari itu? Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang hendak kamu dustakan? ~ Surah Ar-Rahman ayat 36.
Pada suatu hari yang hening...saya menonton Masterchef US Season 3 . Pastu kan, tengok macam best jer dorang buat chocolate molten lava cake. Memang dah lama nak cuba, tapi tak pernah pun buat. Saya pun apa lagi...cari cik google lah, cari resepi. Ntah x hengat resepi mana lah ntah, sebab berlambak resepi kat internet ni. Jadi buatlah sikit...tapi dapat byk jugak, ahaks... :P
So, tiba masa nya untuk check sama ada jadi atau tidak molten lava nya....jeng jeng jeng!
Not bad. Pastu makan dengan vanilla ice-cream...perghhhh. Tak sempat nak ambik gambar dah...
Someone
called me early in the morning. She and her staff are offering their
helps in case I need to pack my things up if I'm ready to move...errr did I
tell you that I MAY BE moving to somewhere? Never mind...we will come
back to it later.
In
fact, she wanted to returning favor to me. Anyway...what favor?
Seriously, I always remember this quote if I'm helping other people;
"Remember your bad deeds to others and forget all your good deeds to others."
For
me, it is such a liberating feeling if I'm able to help others and I
will NEVER ever expect anything in return. If people are returning favor
to me, the good things will come back to them eventually.
Last but not least;
"Kindness is an inner desire that makes us
want to do good things even if we do not get anything in return. It is
the joy of our life to do them. When we do good things from this inner
desire, there is kindness in everything we think, say, want and do." ~Emmanuel Swedenborg
Ada yang bertanya, best tak bawak BeeMer? Fulaweh....kalau dulu my manageable speed was 110~120km/hr, tapi sekarang dah tukar 140~150km/hr. Pernah try speed 180km/hr tapi rasa macam x confident jer. Anak buah saya cakap, Mak Yang tekan jer minyak tu.... jangan tengok meter!
My BIL kata kalau nak test power BeeMer tu, Cik Yang cuba bawak 200km/hr dalam hujan dan tekan brake! Jawapan nya..... thanks but no thanks, hehehe :) Apa2 pun bawak BMW mmg best. The ultimate machine lah kata kan....
P/S: Akak bimbang jer dapat "surat chenta". Nak check saman pun rasa x ada guts ni ha....amek kaw!
Salam, Sebenar saya tidak berapa pasti sama ada saya membuat keputusan yang tepat. Saya telah menukarkan sebahagian wang simpanan saya kepada dinar emas (bukan lah saya ni banyak duit sangat...). The main justification is to protect my savings against inflation. Please consider these situations; A) If I have RM730.00 (approximate price of 1 dinar) now and I still keep it in 10 years time, can I buy the same items that I bought now? Assuming I keep it in my Tabung Haji account with the dividend of 5% a year. Simple calculation; RM730 x 5% x 10 years = RM365. Plus RM730 then my money will be RM1095. Then again I have to assume that the current financial world is not collapsing due to this "riba" system or no war at all. B) If I buy 1 dinar now and I keep it for another 10 years, can I buy the same items that I bought now? FYI, the gold prices are keep on increasing. It is protecting any financial collapse or against war. There are of course a couple of risks; 1) The risk of keeping the gold 2) It is not as liquid as cash. Here comes the "what if" situation. What if I need the money immediately. In the short run, I'm risking of losing due to the selling n buying prices in the market. Actually gold is a long term investment not a short term one unless you are doing trading. So, the possible solutions that I can think of are; A) I have to be confidence the amount of money that I may not be used in the very near future. OR B) I can mortgage the dinar in Ar-Rahnu and pay some fee, take the cash and dump into my Tabung Haji. At least I will get the dividend yearly and the zakat is well taken care of. The only thing is I must be disciplined enough not to use the money unless it is necessary. Anyway,what worry me most is.....apalah nak jawab kat akhirat nanti bila Allah tanya dari mana datang dan kemana di belanjakan! Perghhhh......gerenti berpeluh2 nak jawab. Orang2 yang miskin tentu tersenyum simpul sebab dorang dah masuk syurga 500 tahun awal dari kita! 1 Tahun akhirat bersamaan 1000 tahun dunia pulak tu. Ada brani? Rasullullah bersabda; "Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim].
Ego will never be satisfied. Once you are getting what you want, you are creating another want. Then, you are unhappy again. Such a vicious cycle, isn't it?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jadilah kamu
seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah,
jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling
bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu
mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
One of my friends is complaining about the current state of his business which he launched several months back. Irrespective several promotions, the business is a little bit slow. He gave some excuses.
Well, a few words from me.... welcome to the real world of business. You must be there everyday without fail. No excuse. It is called commitment. Be it rain or shine! Excellent people give results, normal people give excuses. Take your pick :)
Ramai yang berminat nak berniaga sendiri tetapi ramai yang sangka bila business dah on, semua nya autopilot. Tettttt...wrong answer. Bukan senang nak senang weh....
Emak saya menjadi semakin sukar sekarang. Bukan buat saya, malah adik-beradik yang lain pun turut terasa. I guess she is moving towards the end of her life cycle. Saya berselisih pendapat dengan nya. Ada sahaja benda yang tak kena walaupun dalam perkara yang mudah.
Saya meminta dia supaya berhenti mengawal orang lain. Saya tahu bahawa dia tidak mahu perkara yang tidak di ingini berlaku terhadap anak cucu cicit nya tetapi jangan sampai keterlaluan. Saya harap di memberi ruang kepada anak2 cucu nya membuat keputusan sendiri. Dia sendiri pernah mengingatkan saya dahulu bahawa dia hidup tidak menongkat langit. At this moment, she is the one who dictating things. She fails to let go. Saya memohon maaf sebelum pulang. Dia masih tidak berpuas hati. Jadi saya "give in" supaya tidak menjadi lebih panjang lebar. Acknowledging her concern before I go.
Kami semua jadi letih dengan nya. Mmg sukar menghadapi kerenah ibubapa yang semakin tua. Harga syurga kami nampaknya menjadi semakin mahal....
Firman Allah s.a.w. bermaksud:
"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah,
dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah
seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah
sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah
engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun
dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sewaktu saya memandu, telefon bimbit saya berbunyi; saya angkat ( di larang tiru aksi ini...hehehe)
Puan Y : Assalamualaikum Kak Nik, kenapa tak datang sekali dengan En. Amri?
Saya : Waalaikummusalam. Tak sempat lah. Nak ambil anak dari KAFA. Ini pun dah lewat. En. Amri dah ambil kereta dah?
Puan Y : Sudah. Dia kata nak bawak 40 km sejam jer...hahaha.
Saya : Dia pun takut nak bawak, patut lah dia suruh Kak Nik jer pergi ambik keter tu tadi...kahkahkah.
Puan Y : OK lah, kalau ada apa2 Kak Nik call saya ya. Terima kasih ya Kak Nik
Saya : InsyaAllah. Terima kasih kat awak juga.
Bila En. Amri saya balik; jeng jeng jeng...
Kah kah kah...Nasib baik akak x pergi ambik, macam keter Cina kahwin jer! En. Amri dah terkantoi dengan car giving ceremony. Mcm menang peraduan lah pulak. Kita orang mmg x expect pun sampai camtu sekali. Dia selamba rock jer pakai t-shirt ngan seluar track dan selipar nya...Hahahaha :D.
Alhamdulillah. Semoga ALLAH s.w.t beri keberkatan dan kebaikan utk kami di dunia dan di akhirat. Amin.
There are 2 things that I wished for when I was young.
1) I always have enough.
2) Wisdom.
Well, it took years for me to learn.... Alhamdulillah, I think ALLAH has bestowed me with.
Ya Allah, jadikanlah aku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu aku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku.
Hidup ini memang tidak lepas dari ujian. Susah memang kita selalu kira sebagai ujian tetapi bila senang kita selalu kira sebagai nikmat. Walhal kedua2 nya adalah ujian semata-mata. Sejauh manakah hati kita boleh bersabar bila di timpa kesusahan dan sejauh mana kah hati kita boleh bersyukur bila berada di dalam kesenangan.
Maka selalu lah bertanya kepada hati kita, sejauh manakah kita dapat menjaganya apabila di datangi kedua2 jenis ujian itu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad
manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah
seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah
hati.”
ALLAH sedang menguji saya. Semoga saya dapat selalu menjaga hati saya. Amin.
Setiap kali Kak Nyah pulang dari Melaka atau kembali semula ke Melaka dengan menaiki bas, saya pasti risau. Risau akan keselamatan dia. Saya selalu akan melihat2 jam dan mengagak-agak di manakah anak saya sekarang. Sekali-sekala saya akan SMS dia. Terutama bila waktu ketibaan sudah hampir. Sama ada pulang ke Kuantan atau kembali semula ke Alor Gajah. Kerana dia pernah tertidur dan terlajak hingga ke Melaka Central.
Baru sekarang saya faham kenapa Kak Ani jiran lama saya selalu sahaja ke Melaka kerana anak bongsu nya pun belajar di UiTM. Rajin betul dia walhal setahu saya dia bukan nya berapa sihat sangat. Then, it is so true that you must be in someone's shoes before judging! Kalau Kak Nyah continue degree di UiTM Melaka juga, boleh pitam emak macam ni...
Allahumma ya hafiz ya muhaimin, Engkau peliharalah anak2 kami!
P/S : At this point, I wonder how my mom felt when I was pursuing my degree in the UK last time?
Apa kata kalau kita adalah pelarian? Bukan berbulan2 tetapi puluhan tahun. Hidup seperti tiada hala tujuan. Punya cita2 tetapi segalanya punya halangan. Punya tempat teduh dan makanan seharian bermakna sudah cukup baik. Jika di beri pekerjaan di tanah tumpangan...itu lebih baik.
Tetapi kita bukan pelarian. Kerana kita tidak di takdirkan Tuhan. Adakah kita masih lagi mengeluh kerana tiada rumah besar, kereta besar atau pangkat biasa2 sahaja? Masih menyesal kenapa tidak begitu tetapi begini? Janganlah begitu...kerana semuanya pemberian Tuhan.
Berlapang dada lah di atas setiap ujian. Kerana kita lebih baik nasib nya dari seorang pelarian...
Bagaimana cara yang betul utk bersyukur dan menghargai apa yang kita ada? Saya tidak tahu sama ada cara saya betul atau tidak. Tapi itu tidak penting kerana semua orang ada cara masing2.
Yang pasti nya saya baru tahu bahawa bersyukur dan menghargai juga hendak lah ada elemen ikhlas di dalam nya. Bila kita bersyukur dan menghargai apa yang kita ada, kita tidak meletakkan apa2 prasyarat.... no string attached. Kita tidak rasa bimbang jika nikmat atau kemudahan itu di tarik balik.
Cuba pikir semula, adakah kita terikat dengan kebimbangan tersebut? Sebagai contoh; saya pasti kita masih bimbang jika ALLAH tarik semula nikmat mata kita yang boleh melihat ini.
Kita selalu kata kebetulan tapi ada kah ianya benar2 kebetulan?
Hari ni saya pergi service kereta di Toyota Centre. Kebiasaan nya lepas2 raya camni saya selalu bawak kuih raya utk sorang staff yang dah jadi kawan baik saya di situ. Tapi hari ni masih ada balance carrot-pineapple cupcakes semalam. Saya bawa 2 bekas cc tu bersama dengan biskut raya.
Semasa sampai di situ, saya terus parking di reception area dan tiba2 ada sebuah Hilux datang mencelah parking di sebelah saya. Mak aii...laju nya; sorang awek keluar dan terus masuk Toyota office. Since saya dah tak judging sesiapa pun...saya biarkan sahaja. Not my problem.
Bila saya jumpa kawan saya, awek tadi dah ada duduk kat depan dia. Saya cuma senyum...nak bagi salam takut bukan orang Islam pulak. Pastu saya terus hulurkan bekalan segala bagai tu kat kawan saya.
To make the story short, kawan saya offer 1 bekas cupcakes kat awek tu. Awek Melayu rupanya. Hmm...ingatkan cc tu utk Toyota staff jer, oleh sbb kuih-muih tu pun dah di beri pada kawan saya...ikut pandai dia lah kannn. No string attached any more.
Nak jadi citer, awek tu bila dah makan cc saya...tempah 200 biji terus!
Kebetulan lah sangat....
Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah: 126 & 212).
Hari ni dah 19 puasa. Officially malam esok dah boleh di kira 10 malam terakhir. Macam mana amalan kita setakat ini, hanya ALLAH s.w.t sahaja yang tahu. Ustaz kata tak payah cari Lailatul Qadar sebab dia tak hilang pun! Sekarang ni kita cuma berusaha semoga kita mendapat lailatul qadar. Tetapi kita beribadat bukan sebab nak mendapatkan nya, kita beribadat semata-mata kerana ALLAH. Dapat atau tidak, itu semua urusan Nya. Simple calculation, beribadat setiap malam tanpa tertinggal mesti satu malam dah sangkut lailatul qadar , bukan? Kalau kita mahu, berdoa sahaja semoga kita bertemu dengan nya. Semoga bertemu. InsyaALLAH. Good luck!
Selamat berpuasa. Semoga puasa mendidik kita utk menjadi orang2 yang bertaqwa.
Pernah tak kita dengar citer2 macam ni;
Citer 1 :
Kita bertemu dengan seorang kawan, kita bertanya, " Dari mana ni?". Dia jawab, " Baru balik dari masjid. Pergi sedekah telekung untuk bulan Ramadan nanti."
Citer 2 :
Kita bertemu dengan sorang kawan lepas tu kita bersembang. Dia bercerita. "Hari tu saya bertemu dengan si A, masa tu saya baru balik dari bank in duit utk sedekah kat anak2 yatim..bla bla bla.."
Citer 3 :
Seorang kawan mengadu kat kita. " Sampai hati si B tu buat saya macam ni. Mintak tolong sikit pun x boleh. Padahal hari2 kita tolong hantar ambik barang2 dia. Bukan saya nak mengungkit."
Kita selalu rasa kita ikhlas bila berbuat sesuatu. Tetapi tahu kah kita, perbuatan tersebut di atas sebenarnya menunjukkan kita belum betul2 ikhlas kerana kita masih menyebut2 atau mencerita amal perbuatan kita. Walau apa pun keadaan nya, kita perlu menyembunyikan sedaya mungkin amalan atau pun pertolongan kita kepada orang lain. Umpamanya bila tangan kanan memberi, sorok kan lah tangan kiri.
Ada 3 tanda orang yang jujur;
1) Merahsia kan amalan nya.
2) Merahsia kan ibadah nya.
3) Merahsia kan musibah nya.
Cerita2 di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun tetapi sekadar mengingat kan diri saya yang selalu lupa.
Semalam saya pergi bank. Kak Nyah mintak tolong saya beli PIN utk peperiksaan MUET dia. Sampai di bank dah pukul 3.30ptg. Bila ambil nombor, keluar nombor 1174. Kat bawah tu tulis "now serving" 1157. Amboi...ramai lah pulak. Kaunter buka cuma dua. Dalam hati tertanya2, nak tunggu ker tak nak. Pikir punya pikir... tunggu jer lah sebab rasanya malas nak keluar pergi town lagi. Lagi pun dah janji ngan Kak Nyah nak bagi PIN tu semalam jugak.
Punya lah slow service kat bank tu. Satu customer pun dekat 10min. Bila nak habis ni.... Dalam hati ni dah timbul rasa geram dan tak sabar tetapi saya cuba kawal perasaan. Saya cuba tukar pemikiran saya, saya fokus perkara lain. Saya berzikir dan berkata pada diri...giliran saya akan sampai "sooner or later". Kebetulan nya saya tidak membawa apa2 buku bacaan bersama saya semalam. Selepas beberapa nombor giliran bertukar, tiba2 ada sorang pompuan dan anak pompuan nya masuk kat kaunter tanpa nombor nya di panggil. Saya cuba bersangka baik; mungkin dia ingin bertanya sesuatu tetapi nampaknya dia membuat transaksi di kaunter tersebut. Lelaki yang duduk berhampiran saya juga perasan dgn keadaan tersebut. Dia pun bersungut. Rasa macam dah ringan jer kaki saya utk ke kaunter dan "sound" kat situ tetapi saya teringat sesuatu; "Ego is when you feel that you deserve to be treated better".
Akhir nya saya batal kan niat saya dan bersangka baik sahaja. Walaupun saya ada pilihan utk menegur cashier supaya tidak melayan sesiapa yang potong Q di lain kali di waktu giliran saya nanti. Tetapi saya tidak melakukannya. Kengkadang di dalam hidup ni, memang kita akan sentiasa terjumpa dengan orang seperti itu. Tak kira di mana sahaja. Yang penting, "just make peace within yourself and you will be fine". Anggap lah itu satu kebaikan yang kita buat dan biar lah Allah sahaja yang mengira2 kebaikan kita, bukan orang lain.
Alang2 mencari biar sampai jumpa. Sekarang ni kalau nak apa...kau google jer, InsyaAllah jumpa. Emak bapak jer x boleh google. Pergi balik rumah emak ayah kalau nak jumpa dorang.
Dah lama saya cari resepi kuih semperit yang lama.Mula2 saya terjumpa satu resepi pastu saya pun test, turned
out x berapa sedap sangat. So, ini hasil nya.
Pastu jumpa satu resepi yang dia claim resepi lama. Tapi saya rasa memang betul pun sebab dia guna tepung cap kupu2 tu... alah Brown & Polson yang macam gambar ni. Gula pun guna gula yang di kisar bukan gula kastor atau pun gula icing tu.
Nostalgic betul tepung jagung ni kan...teringat masa kecik2 dulu sebab saya selalu tolong kakak2 saya buat kuih raya. Biasalah kan...si adik ni lah tukang pukul marjerin dengan gula. Masa tu mana ada duit nak beli mixer, pukul pakai tangan jer lah. Yang best nya bila marjerin tu terkena tangan...hah sedap nya menjilat jari! Masa tu ada hari saya puasa, ada hari x puasa...suka hati jer. Bebudak lah katakan. Satu lagi tugas saya adalah menumbuk gula. Tak main lah blender...mana ada. Tapi semua tu bukan sebab saya kena buli, memang saya suka buat kejer2 tu. Kekadang tu kakak2 x nak bagi saya buat...buat berterabur jer ada lah. Hehehe... :)
So sambung balik citer...jadi saya pun mencubalah resepi tu. Walla...dah pun jadi, kelopaknya tak lah layu selepas di bakar. Cantik tu x lah sangat tapi yang penting rasa nya. Inilah dia nya;
So, boleh lah masuk list kuih raya tahun ni. Tempahan? Sori lah yek....akak ambik tempahan biskut makmur jer. Itu pun tahun ni limited quota. Saya nak berterawih sbb tahun sudah saya dah ketinggalan baaanyak! Semoga saya selamat sampai ke Ramadhan tahun ini. Ya Allah panjangkan umur ku.... SELAMAT BERPUASA. :)
Hari tu kan... BMW ada buat sale untuk keter model lama. Dorang nak let go semua model lama sebab nak kluar model baru. Mr. hubby ajak akak ni pergi BMW showroom kat Jalan Besar tu. Perghhh...discount boleh dapat sampai RM30K utk model 3 series....tempted giler beb!
Pastu kita orang congak2 rasanya memang boleh lepas bayar bulan2 sebab satu keter mmg habis bayar bulan July ni. Tapi kita orang kena let go keter Altis tu lah kan. Nak buat apa keter banyak2. Masalah nya...Altis tu baru 2 tahun pakai, BMW nak cuma RM75~80K jer untuk trade in. Hmmm.....tak kuaser akak nak top up bayar balance pada bank, pastu downpayment untuk BMW lagi. Cancel jer lah niat tu...belum ada rezeki lagi.
Ntah2 ALLAH nak bagi rezeki kita orang BMW 5-series kut! Akak ni kalau x ada pun tak per, tapi kalau ada tu...lagi tak per....Ahaksss :)
Tadi masa sedang mengemas, terjumpa satu kertas di dalam laci. Tulisan nya sangat menarik hati saya. Maaf, ianya dalam bahasa Inggeris. Saya olahkan sedikit di sini isi kandungan nya kerana terdapat perkataan yang agak negatif dari perspektif saya. Walau bagaimana pun, masih dalam bahasa Inggeris.
EFFECTIVE ISLAMIC PARENTING
(Read every morning)
1I’m raising my child to be a successful Khalifah
of Allah who will create a truly Islamic World.
2Today I will do my best to know and understand
all the influences upon my child development.
3Today, I will do my best to help my child
understand the power of positive influence to take her/him to Allah.
4Today, I will do my best to enhance the power of
positive influences upon my child to take her/him towards Allah.
5Today, I will do my best to notice some positive
things my child does or says and tell her/him how much those things are appreciated
by me and by Allah.
6Today, I will do my best to say something
positive when correcting my child’s wrong behavior.
7Today, I will love my child unconditionally and
express the love at time which is most beneficial to my child.
8Today, I will do my best to be an example of a
good and right Muslim for my child.
9Today, I will pray for Allah’s help that I can
be a good parent for my child.
After 3 weekends jalan-jalan tanpa rehat, minggu ni saya nak lepak kat rumah dan malas keluar. Malam2 boleh layan EURO 2012....yeayyyyy. Alamak.... barang dapur dah habis laaaa!
Ada akak kesah?? Tunggu cik abang bising baru akak keluar, tapi dengan dia lah!
Best nya dapat bermalas-malas ni~~~~~ :P
P/S ; Kak Yong cuti sem 3 bulan, dah ada chauffeur untuk run the errand...yahooo!
Hari ni nak sambung citer pasal hari Jumaat lepas. Ingatkan lepas hubby saya balik dari Kerteh
kita orang boleh terus bertolak. Oh ya...pasal staff tu, rupanya arwah
meninggal di klinik. Technician hubby sempat bawak dia ke klinik. Kalau
meninggal di workshop, habis lah management kena gulai dengan
HQ....termasuklah hubby saya skali!
Sambung
semula citer.....hubby saya balik dah pukul 5:30 ptg. Angkut barang
masuk keter dan pergi ambil Kak Nyah kat pusat memandu. Mujur dia lulus
kali ni. Lepas saja ambil dia, terus saja bertolak. Tiba2.....jeng
jeng jeng, sampai jer kat traffic light Semambu ada sorang apek turun
kan cermin kereta dia bagi isyarat tunjuk tayar belakang
kereta....tayar dah hampir flat rupa nya!
Perghhhhh......can
life be that hard in one day? Lepas tu kita orang proceed to the
nearest petrol station. Pam angin macam tak ada kesan, last2 ambik
tayar spare dan tukar. Allah was generous enough to send us one good
guy helping us when in need. Dah hampir maghrib baru boleh teruskan
perjalanan. Bila sampai kat tol keluar Gambang, tiba2 bila sentuh kad
"touch n go" ~ "invalid card" pulak terpancul kat skrin tu. Tak pernah2
jadi macam tu. Cuak. Pastu cuba lagi skali, OK pulak. Sabor jer lah...
Sampai Melaka dah pukul 1 pagi.Itu pun kita orang redah ikut jalan Felda, nasib baik jalan cantik (thanks to the government!). Lagi satu hal pulak,
saya dah booking hotel tp bila kami nak locate hotel guna GPS, hotel tu
tak ada register dlm list...sabar lagi. Pusing2 sekali dua...x jumpa
jugak. Last2, walk in jer kat satu service apartment. Kau hentam jerlah
labu!
Badan pun dah letih, mata pun dah
mengantuk.....tidur jer lah. Esoknya semua berjalan lancar. Lesson
learnt....it is not the situation that irritates you, but how you take
it. We managed to laugh at all the adversities because we know that
sometimes life can offer us some lemons and we choose to make a lemonade!
After all life is perfect as we see it..... :)
Hari ni...kena travel lagi. Dah penat tahap gaban!
Rancang nak travel pergi Melaka awal pagi hari ni sbb esok nak register Kak Nyah kat Uitm Alor Gajah. Tiba2 Kak Nyah gagal ujian memandu hari Rabu minggu sudah , jadi kena re-test...tapi kena hari ni, pastu kena pukul 2 ptg pulak! OK, fine...I accepted this. Lepas test baru boleh bertolak terus...
Tiba2 tadi staff ofis hubby called, ada staff kontraktor meninggal kat workshop di kilang sbb dia lelah lepas masuk kilang. Innalillah. Mak aii....x kesahlah kalau dah sampai ajal dia di hari Jumaat yang mulia ni, tp kenapalah kat workshop hubby saya lak! Huwaaaa..... pukul berapa nak bertolak pergi Melaka ni!!!!!!
Siapakah perancang terbaekkk..... kalau bukan DIA. Redho jer lah...
How confident you are that ALLAH will answer your prayer? The other day, someone that I know who I consider wara' since he was young passed a remark to me; "You make me realised that when I say my doa I'm only 50++% cofidence that ALLAH may answer my doa.You're like 99% confidence". Hey bro...what happened to the other 1%? Muahaha....
Seriously, me and my husband really surprised with that remark! Bukan apa, brader tu adalah seorang yang sangat menjaga solat, berpuasa sunat dan suka memberi nasihat. Sangat2 jauh banyak amal nya berbanding saya. Kenapa tidak 100% yakin bahawa ALLAH akan mengabulkan doanya?
Prinsip saya mudah sahaja, saya bukan seorang hamba ALLAH yang taat, saya sangat banyak dosa, saya sangat banyak kesalahan and you can even call me fasik or munafik, I don't mind. Tetapi walau siapa pun saya...saya tetap hamba ALLAH yang sangat2 bergantung kepadaNya. Saya tidak boleh lari dari Nya kerana dia tetap tuhan saya. Tuhan orang2 yang Muslim dan yang kafir. Dia lah Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang. Dia maha kaya dan tidak akan miskin jika Dia mengabulkan doa saya. Hanya Dia lah yang saya ada.
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". Surah Al-Ghaafir ayat 60
Tempted betul lah akak ni nak beri free advice masa kat Supermarket
hari tu. Sebab nya ada customer tanya kat promoter pasal spaghetti
sauce Prego. Seems like promoter tu pun bukan lah biasa sangat tentang
sos tu.
Just feel like giving free info to the other
customer but I have to refrain myself from doing so....let the promoter
does her own job and me....mind my own business! ( Susah betul nak
control EGO ni rupa nya ~~~)
Someone told me that he has a regret. Otherwise, his children might have a better life and he probably has a better post. Well....I think it is normal that we have regret in life. That is what makes us human.
However, my advice to him was.... just let go. We cannot bring our time back and rest assured that Allah knows what is best for him. His life is good at the moment and the only problem, he is comparing it with his friends.
Don't carry our regret as it does not do any good to our present life. Nothing ever happened in the past that can prevent us from being present now; and if the past cannot prevent us from being present now, what power does it have?
Selamat hari guru kepada semua guru2. Saya tahu bukan mudah untuk jadi guru kerana kalau saya mengajar anak saya sendiri pun kepala saya pusing pening macam mana nak bagi anak saya faham. Jadi saya salute kepada semua guru2!
Hari ini saya sangat rindu pada guru2 saya terutamanya guru2 sekolah rendah saya yang saya percaya sudah lama pencen atau pun mungkin sudah tiada lagi di bumi Allah ini. Semoga kalian semua berada di dalam lindungan dan rahmat ALLAH s.w.t. Aaminn.
I just feel a little bit bad today. Voluntarily, I gave a free advice to someone which obviously my advice was not welcomed . I also should have known better that;
1) I'm judging too fast...which I shouldn't do
2) Free advice is a sign of ego. ~ my ego.
3) If people don't ask it, they do not want it.
I promised myself to be well aware and better luck next time!
Hmmm...nak cakap pun x kena. All this while I'm always telling myself to stop labeling things or situations.Good or bad, I just go with the flow. Alhamdulillah cos Kak Nyah berjaya mendapat tempat di UiTM untuk jurusan Asasi TESL. That is her first choice. Isn't that great?
But.....oh oh...there is but Nik Daniyah!!!! Dia kena melapor diri di UiTM Alor Gajah, Melaka. Mak aiii...jauh nya. Letih lah nak mengkesahkan anak2 ni. Sorang dah ada kat Gombak, sorang lagi kat Muadzam Shah dan yang sorang ni nanti kat Alor Gajah....
I learned something and I wish I could share with y'all. I'm practicing it and hope I can continue to do so.
Have you ever see someone that you don't even know their names but you're judging them? I bet you do and we all do! Kadangkala kalau terjumpa orang yang gemuk, tentu kita sangka dia kuat makan. Kalau orang ada kereta besar, kita kata menunjuk2. Kalau ada perempuan yang terlebih gaya, kita kata perasan lawa. Walaupun tak pernah kita ungkapkan tetapi itu lah yang berkeliaran di minda kita. Kalau tidak percaya, cuba kita pergi pasaraya dan tunggu di tempat orang lalu lalang. Be aware of what your mind says. Same thing if we see status update in the Facebook. We just couldn't help it!
So, next time if we meet people we know or we don't know....please stop judging them. Just look at them and don't say anything or don't even think anything. You will realize that life is better that way. Thru time you will feel how liberated you are!
Selamat mencuba :)
Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka
karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu
sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari
aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia),
janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan
janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang
bersaudara. (Hadis riwayat Abu Hurairah ra.)
Saya bawa anak2 saya ke Petrosains semalam. Amirah beria2 sangat nak pergi. Ayahnya ada meeting kat KLCC,. Standardlah...kalau ayah ada meeting waktu hari bersekolah, anak2 dapat cuti sekolah free! Emak pun dapat paid holiday....pastu perabih duit gi shopping2, ahaks :)
Anyway, something caught my eyes in one of the exhibitions;
Sebenarnya mana boleh ambik gambar, sorry...I just couldn't help it!
Perghhh... hidup cuma 0.84saat, tak sempat nak kelip mata pun. Betapa
tak ada makna pun hidup kita ni kalau nak di kira. Semoga kita dapat
mencari makna sebenar hidup kita di bumi Allah ini.
Surah An-Nisaa ; Katakanlah: “Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat
itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa dan kamu tidak akan
dianiaya sedikitpun. (QS. 4:77)
Hari Ahad camni memang saya lepak2 kat rumah. Maklumlah En. Hubby kan kerja pada hari Ahad. Malas nak pergi mana2 pun.
Heaven kalau dapat lepak kat umah sehari suntuk. Tp ada satu masalah...hari Ahad lah Amirah akan bersuka ria dengan anak2 jiran keluar masuk rumah dan punggah semua mainan. Title cik punggah tu masih dia pegang. Kekadang letih tengok mainan bersepah merata2. Kalau suruh kemas...byk alasan nya.
Saya teringat satu cerita, citer dia camni;
According to an ancient Sufi story, there lived a king in some Middle
Eastern land who was continuously torn between happiness and
despondency. The slightest thing would cause him great upset or provoke an
intense reaction, and his happiness would quickly turn into disappointment
and despair. A time came when the king finally got tired of himself and of
life, and he began to seek a way out. He sent for a wise man who lived in his
kingdom and who was reputed to be enlightened. When the wise man came,
the king said to him, “I want to be like you. Can you give me something that
will bring balance, serenity, and wisdom into my life? I will pay any price
you ask.”
The wise man said, “I may be able to help you. But the price is so
great that your entire kingdom would not be sufficient payment for it.
Therefore it will be a gift to you if you will honor it.” The king gave his
assurances, and the wise man left.
A few weeks later, he returned and handed the king an ornate box
carved in jade. The king opened the box and found a simple gold ring inside.
Some letters were inscribed on the ring. The inscription read: This, too, will
pass. “What is the meaning of this?” asked the king. The wise man said,
“Wear this ring always. Whatever happens, before you call it good or bad,
touch this ring and read the inscription. that way, you will always be at
peace.” ~End~
Well...Amirah will grow up someday. This, too, will pass. Saya tahu, nanti saya tentu akan rindu pada sepahan cik punggah saya tu~~~ .
Semalam sewaktu saya berjalan ke pasar malam, saya terserempak dengan seorang wanita yang herot wajahnya. Saya melemparkan senyuman dan dia membalas senyuman saya. Hati saya terus terdetik....masyaAllah, sudah lama saya terlupa untuk mensyukuri wajah saya yang sempurna ini!
Saya bukanlah cantik tetapi sempurna kerana hidung mata, mulut dan telinga berada di tempat yang sewajarnya. Sebenarnya 2,3 hari kebelakangan ini saya cuma berasa tidak puas hati kerana pigmentation yang semakin menyerlah di pipi saya.
Kadangkala kita ni bimbang atas isu2 yang kecil, tetapi ada orang punyai isu yang lebih besar dari kita. Bersyukurlah...
Tak tahu kenapa saya tak suka approach seorang Ustaz kat TV yang menakut kan saya tentang satu solat sahaja yang sengaja kita tinggalkan, Allah tak terima semua amalan kita. Hey Ustaz...look, I'm not perfect. If that is the case, better I don't perform any solat. Because I know that sometimes I might miss my solat! Why should I bother to perform the rest because I already missed one. That was what crossed my mind if I were a young teenager.
Then I watched Reflection series in TV al-Hijrah. Imam Shuaib Webb says it in different way. Allah is the Most Merciful and Forgivefull! Even ALLAH forgives Adam alaihiwasalam right after he turned his back. Kita ni umat akhir zaman yang siang nya buat maksiat dan malam nya memohon taubat. Jadi jangan berputus asa dari rahmat dan pengampunan ALLAH. Bukan bermakna tak apa kalau kita berbuat maksiat. Kita kena kuatir kalau kita mati dan x sempat bertaubat.
Saya rasa hati kita lebih lunak jika kita di ingatkan tentang betapa pemurah, pengasih dan pengampun nya ALLAH.(This is what normally the Christian Missionaries do!) So, I think next time it is much better for me to remind my children what ALLAH likes and loves most of the times than talking about azab ALLAH. It is necessary to talk about azab ALLAH but in an appropriate manner only.
Alhamdulillah dan terima kasih bebanyak bagi semua yang wish birthday kat saya semalam. Sorry lah tak boleh nak reply personally to each and everyone... saya terharu sebenarnya sebab saya punya ramai keluarga, sahabat dan kenalan yang telah Allah kurniakan kepada saya dan ambil kesah tentang saya. Dah 44 tahun saya menumpang kat bumi Allah ni, entah berapa tahun lagi yang tinggal agak nya.
Bagi yang bertanya kenapa saya jumpa pakar tulang hari tu, ini dia sebab nya ;
One of my discs in the neck is bulging. Tak sure at C6 or C7. Tak kesahlah kan...dah lama ALLAH bagi sihat, sakit sikit pun apa salah nya. At the moment, the doctor advised just to protect the neck as much as possible. He prescribed me with Lyrica. Yang tak best nya kalau makan ubat tu..asyik lalok jer. Makan 2x sehari. Bila nak siap kejer. Pagi lalok...malam pun lalok. Last2...langsung x makan, muahahaha...padan muka akak!
Apa2 pun... I'm still counting my blessing everyday! :)
Dah lama saya ada e-book buku ni, tapi tak sempat nak baca. Maklum lah, bukan ada iPad pun saya ni. Harap mengadap computer jer baru boleh baca. Tapi sebab harganya RM4.40 masa Book Fair hari tu, saya ambik lah satu. I bet physical book is better than e-book...atau pun saya ni old school, muahaha...
Mind you, very interesting book! The excerpt of the book;
A large part of many people’s lives is consumed by an obsessive preoccupation with things. This is why one of the ills of our times is object proliferation. When you can no feel the life that you are, you are likely to fill up your life with things. As a spiritual practice, I suggest that you investigate your relationship with the world of things through self observation, and in particular, things that are designated with the word “my.” You need to be alert and honest to find out, for example, whether your sense of self worth is bound up with things you possess. Do certain things induce a subtle feeling of importance or superiority? Does the lack of them make you feel inferior to others who have more than you? Do you casually mention things you own or show them off to increase your sense of worth in someone else’s eyes and through them in your own? Do you feel resentful or angry and somehow diminished in your sense of self when someone else has more than you or when you lose a prized possession?
Apa2 pun saya masih lagi belum habis membacanya. Selamat membaca!
Sementara tunggu giliran berjumpa dengan pakar orthopedik tadi, saya grab satu buku yang ada kat situ. Ntah lah tak ingat pulak apa tajuk nya... just to kill my time. Sebab hari ni adhoc jer pergi jumpa doktor without appointment, so saya tak bawak buku seperti selalu.
Terus tengok last page...sebab akak ni kidal kan, mmg automatik lah tengok last page. Agak catchy tajuk bab akhir nya...macam kat atas tu. Apa yang menarik perhatian saya, sedikit kupasan ayat 2 dalam surah al-Mulk;
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya matidan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"
Kenapa Allah sebut mati dulu baru hidup? Pendek cerita, sebab mati lagi lama dari hidup! Kalau pun kita hidup sampai 100 tahun...kita cuma benar2 hidup selepas baligh sehingga paling tidak sampai umur 80 sebab yang balance tu tinggal nyanyuk. Berapa tahun sahaja yang ada. Pahala untuk ibadat khusus kita tak banyak mana pun ALLAH bagi tetapi pahala ujian ALLAH bagi lagi banyak! Sebab itu adalah proses penapisan bagi syurga ALLAH. Semoga kita lebih redho dengan ujian ALLAH...
Kenapa saya pergi jumpa pakar orthopedik? Lain kali saya citer...insyaAllah. :))
Salam~~~ cuti sekolah dah nak habis. Macam2 aktiviti cuti ni, tapi malas nak citer panjang... Kita citer sikit jer.
Ada book fair kat Zenith hotel. Ntahlah...tak sedor pulak bila dorang war-war kan tapi sebab kebetulan pagi tu kita orang bekfast kat McD Teluk Cempedak, terperasan banner kat bandar Kuantan. Hasil nya...tadaaaa
Selama ni x pernah pergi pun. Sejak bila Pahang ni ada book fair ek? Kebetulan masa pergi tu waktu dah tengahari. Tak semena2 loceng ais krim berbunyi kat dewan tu...ingatkan apek mana lah jual ais krim. Rupanya dorang ada Happy Hours! Semua buku kat discount 70% jadi 90%! Walla...habis kita orang borong. Rugi sebab x tahu awal. Total semua RM1,220 tp kita orang bayar RM122 jer :)))) Heaven!
Saya sungguh rasa terganggu setiap kali melalui jambatan sungai di belakang rumah. Sungai yang sememang nya sebelum ini tidak begitu jernih telah pun keruh, sekeruh air teh tarik yang saya minum. Semua nya gara2 sebuah kilang yang baru di buka hampir setahun lalu. Amirah pun pandai menegur kenapa air nya keruh sebegitu. Tak cukup kah dengan pencemaran yang ada maka hendak di tambah dengan kilang nadir bumi Lynas...tidak cukup kah?
Sedih.... saya sungguh sedih :'(( . Bagaimanakah rupa bumi yang ingin kita warisi utk anak cucu kita?
Renungkan lirik lagu "Earth Song" oleh Micheal Jackson
What about sunrise What about rain What about all the things That you said we were to gain.. . What about killing fields Is there a time What about all the things That you said was yours and mine... Did you ever stop to notice All the blood we've shed before Did you ever stop to notice The crying Earth the weeping shores?
Aaaaaaaaaah Aaaaaaaaaah
What have we done to the world Look what we've done What about all the peace That you pledge your only son... What about flowering fields Is there a time What about all the dreams That you said was yours and mine... Did you ever stop to notice All the children dead from war Did you ever stop to notice The crying Earth the weeping shores
Aaaaaaaaaaah Aaaaaaaaaaah
I used to dream I used to glance beyond the stars Now I don't know where we are Although I know we've drifted far
Hey, what about yesterday(What about us) What about the seas(What about us) The heavens are falling down(What about us) I can't even breathe (What about us) What about the bleeding Earth(What about us) Can't we feel its wounds(What about us) What about nature's worth(ooo,ooo) It's our planet's womb(What about us) What about animals(What about it) We've turned kingdoms to dust(What about us) What about elephants(What about us) Have we lost their trust(What about us) What about crying whales(What about us) We're ravaging the seas(What about us) What about forest trails(ooo, ooo)
Burnt despite our pleas(What about us) What about the holy land(What about it) Torn apart by creed(What about us) What about the common man(What about us) Can't we set him free(What about us) What about children dying(What about us) Can't you hear them cry(What about us) Where did we go wrong(ooo, ooo)
Someone tell me why(What about us) What about babies(What about it) What about the days (What about us) What about all their joy(What about us) What about the man(What about us) What about the crying man(What about us) What about Abraham(What was us) What about death again(ooo, ooo) Do we give a damn
Sure dah malam macam ni semua orang keletihan. Tambahan kita dah berada di hujung minggu bekerja. Esok dah kira hujung minggu dan mcm2 rancangan kita pulak. Aduh...rasa macam tak habis2 dengan urusan dunia ni. Lepas satu, satu.
Kita punya solat kira2 cukup makan saja. Kalau cukup, kira dah bagus sangat dah tu... kira2 kita lah tu. Allah punya kira macam mana agaknya ya?
Masa solat agaknya kita rasa tak yang kita ni betul2 hamba? Cuba bayangkan kalau kita ni seorang hamba sahaya yang hidup di zaman Firaun. Kalau dah letih bekerja kita pun tidur, lepas tu tuan kita suruh kita bangun utk buat kerja. Agak2 kita bangun tak? Saya rasa saya akan bangun sebab takut kena marah atau kena pukul. Walaupun saya dah letih bekerja pada siangnya. Takut2 nanti silap haribulan tak dapat makan pulak saya. Saya kan cuma seorang hamba.
Tapi kenapa jiwa saya tidak begitu bila dengan Tuhan saya? Aduhhhh.....berat betul jiwa saya ni!
Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)
Hari ni cuma nota untuk diri sendiri sahaja, tak nak share dengan korang semua...hehehe :P. Tapi kalau korang terus baca, saya tak bertanggung jawab OK.
Saya terbaca komen seseorang kat FB.( Rasa cam mengumpat jer ni...) tapi saya cerita untuk peringatan diri saya bukan untuk orang lain (..excuse ler tu). Mana lah tahu kalau saya baca entry ni semula. Melayu kan mudah lupa...
Sambung balik ngumpat...eh citer, kat komen tu dia kata dia nak cari ilmu sbb nak kaut pahala banyak2. Saya cuma terfikir, bukan kah bila kita beramal hanya semata2 kerana ALLAH sahaja bukan kerana ganjaran pahala amal tersebut? Pahala tu cuma gula2 sahaja dari ALLAH agar kita lebih mudah untuk beramal.
Seperti doa Rabiatul Adawiyah;
“ Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."
Semoga ini menjadi peringatan kepada saya. Sama2lah kita mencari keredhaan ALLAH.
If you still wonder if I make any comment there...the answer is: jeng jeng jeng...malas saya layan minah tu sebab memang dia bajet macam bagus sangat!
Saya pernah jumpa seorang wanita yang tidak menutup auratnya tetapi bersopan-santun dan lemah-lembut orangnya, yang berjaya mencairkan kemarahan saya di atas ketidakcekapan nya.
Saya juga pernah jumpa seorang wanita yang berpurdah tetapi suka berbahasa kasar dan suka menunjuk2 amalan nya, sehingga habis di umpat orang dengan kata2 "Bajet macam dia bagus sangat!"
Saya teringat kata2 Ustaz Shah Rujhan dalam satu kuliahnya; Akhlak yang baik itu ibarat bunga, ramai yang pasti suka pada nya. Kalau tidak masakan pakaian puan2 semua berbunga2, kenapa tak beli baju gambar tong gas sahaja?
Saya cuba muhasabah diri saya...bagaimana pula akhlak saya?
Last but not least; Cukuplah seseorang dikatakan berilmu jika ia takut kepada Allah, dan cukuplah seseorang dikatakan bodoh jika ia bangga dengan amalnya.
Minggu baru ni saya pergi wedding seorang kawan. Memang ramai tetamu yang datang, maklum lah arwah bapa nya seorang yang berpangkat Dato'. Walaupun saya dan keluarga sampai dalam pukul 2 ptg, pada waktu itu makanan dah tinggal kat bawah tray dah. Kelihatannya 2,3 orang ahli keluarga cuba refill hidangan2 tersebut.
Saya pun ambil apa yang patut dan terpaksa mencari dan mencuci gelas sendiri utk minuman. Terdapat pasangan yang dah pencen bersama cucu mereka duduk semeja. Suami nya tak bersungut pun tetapi si isteri tak habis komplen tentang masalah katering tersebut.
Sememangnya majlis tersebut ada kekurangan tetapi saya rasa biarlah berlapang dada kerana bukan mudah utk uruskan kenduri-kendara ni. Cuba urus sendiri, tengok. Saya pasti tuan rumah sudah mencuba sedaya upaya utk memberi yang terbaik. Yang penting kita hadir utk memenuhi undangan dan pulang dengan perut yang kenyang.
Saya teringat salah satu definisi tentang EGO. "Ego is when you feel how you should be treated". Atau cakap Melayu nya, ego adalah bila kita rasa bagaimana kita harus di layan. Jadi berlapang dada lah...
"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. "
Pening kepala saya bila ada sorang kawan yang di syaki berkefahaman Wahabi. Habis kengkawan lain kena perli especially kat dalam FB. Maka ramai lah yang terasa hati. Saya ni sebenarnya mmg tak ambik port pun pasal Wahabi ni tapi bila dah jadi macam ni kena lah ambil tahu juga. Maka korek lah ilmu sana-sini dan sinun
Jadi sebagai kesimpulan sendiri (ini hanya pendapat tau...semua pendapat memang boleh di pertikaikan) Saya pun terima hakikat bahawa kita boleh berbeza pendapat dalam bab2 agama ni tetapi jangan senang sangat nak jatuh hukum. Bak kata Saidina Ali ; "Aku belum tentu betul dan kamu belum tentu salah". Kita ni bukan banyak ilmu sangat pun. Bahasa Arab pun tak tahu, hafal Quran pun jauh sekali, lagi pulak nak berdebat perihal dalil2. Kita ni lebih kepada ikut2an sahaja.
Semua orang nak masuk syurga. Macam suami saya kata, semua orang yang masuk disco2 tu pun kalau di tanya dorang nak masuk syurga juga. Syurga tu kan hak ALLAH. Kalau DIA nak masuk kan semua orang dalam syurga pun boleh, kalau DIA nak masuk semua orang ke dalam neraka pun boleh. Bukan kah dia Tuhan?
Dan saya ni cuma hamba ALLAH yang tidak lain mengharap keampunan, keredhaan dan rahmat NYA sahaja. Dengan bahasa yang lebih kasar, saya mmg confirm masuk neraka (nauzubillah) hanya syahadah saya sahaja lah yg mungkin boleh melepaskan saya dari azab neraka. Semoga ALLAH pandang saya dengan pandangan rahmat dan menjauhi saya dari nerakaNYA...
Firman Allah s.w.t: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan mensia-siakan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).~ Al-Baqarah 143.
What is the opposite of talking? I bet most of people will say...LISTENING. All this while I'll give the same answer. Unfortunately, that is not the fact.
Apalah akak ni merepek kan....tapi rasanya nak merepek meranyor sket hari ni. For most of us actually, the opposite of talking is waiting....waiting to talk back! As far as I'm concerned....memang betul pun. I'll do it most of the time!
Jadi hari ni rasanya kena belajar lagi untuk jadi pendengar yang baik. Bila kita jadi pendengar yang baik, InsyaAllah kita akan kurang bercakap dan akan kurang menilai orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
True story. A husband asked his wife to bank in some money. The wife just feel a little bit lazy that day. When the husband came back, she just told him that she already banked in; just b'cos she did not want her husband to make a lot of noise.
Will you do that? Tell the truth or lie?
To diagnose the case; I won't do it. It was just a simple thing...tell your husband the truth. Berdosa kalau menipu! Walaupun sedikit. But, for some people it was nothing. I won't blame the wife b'cos the husband's noise is so unbearable to her! She knows him better. Sometimes thing can be so simple for someone but hard for others.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda; "Sesiapa yang menipu bukan dari kalanganku."
A Moroccan proverb that says… Love truth even if it harms you, and hate lies even if they serve you.
Hari ni rasa mcm nak citer pasal ceramah Maulidur Rasul kat surau hari tu, ustaz tu kata kat alam dunia ni lah tempat yang ada utk kita beramal. Alam roh dan alam janin dulu mmg kita tak boleh beramal. Alam barzakh dan alam akhirat pun kita dah tak boleh. Kalau masuk syurga pun mmg confirm tak payah beramal...itu pun kalau masuk lah. Yang ada cuma sekarang. Sekarang lah peluang yang kita ada untuk memperbanyakkan amalan. Satu pesanan dari Ustaz tersebut, "Kalau van jenazah dah reverse depan pintu rumah kita, jangan haraplah nak beramal lagi!"
Bila ustaz cakap macam tu...baru tersedar betapa kita ini lalai sungguh dengan dunia, terpesona dengan dunia ni. Contoh nya diri saya sendiri, saya sanggup habis beribu ringgit untuk beli TV baru tapi berapa ringgit kah yang saya masukkan kedalam tabung masjid , surau atau tabung anak2 yatim? Saya cuba mengira2 peratusan antara kedua nya... Ya Allah betapa murah nya saya letakkan nilai akhirat saya! Sedang kan saya pasti bahawa saya akan lebih lama mati dari usia hidup saya...
Wahai Tuhan bantu lah saya untuk muhasabah diri....
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik sesungguhnya kami sekarang telah yakin". ~ As-Sajdah Ayat 12